kode adsense disini
Hot Best Seller

Yang Manis

Availability: Ready to download

IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga. “Aku nak pikat Raees Hamzah.” “Apa?” “Aku nak pikat Raees Hamzah.” “Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang le IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga. “Aku nak pikat Raees Hamzah.” “Apa?” “Aku nak pikat Raees Hamzah.” “Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.” Iman tak peduli apa kata sahabat baiknya, Nawal. Iman rasa hanya Raees Hamzah paling layak menemani hidupnya. RAEES HAMZAH pun rasa pelik. Kenapa dia boleh suka dengan gadis yang memiliki rambut seperti ekor tupai itu daripada seorang ustazah? Walaupun gadis itu dikatakan ‘tidak cukup kain’ tapi tetap ada manisnya. “Perempuan macam tu yang hang pilih?” “Kenapa dengan dia? Gadis yang aku pilih adalah, bila aku pandang dia, perasaan aku jadi sejuk. Penat aku jadi hilang. Susah aku jadi senang. Bukan lagi aku pandang, lagi aku bengang.” Memang Iman tidak lengkap sifat Muslimahnya seperti Humairah, tapi di mata Raees, Iman lebih nampak suci berbanding seorang ustazah yang mempunyai lidah yang agak bahaya. Namun berjayakah Raees mengubah si manis Iman seperti yang diharapkan? Dan mampukah Iman berubah demi sebuah cinta?


Compare
kode adsense disini

IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga. “Aku nak pikat Raees Hamzah.” “Apa?” “Aku nak pikat Raees Hamzah.” “Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang le IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga. “Aku nak pikat Raees Hamzah.” “Apa?” “Aku nak pikat Raees Hamzah.” “Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.” Iman tak peduli apa kata sahabat baiknya, Nawal. Iman rasa hanya Raees Hamzah paling layak menemani hidupnya. RAEES HAMZAH pun rasa pelik. Kenapa dia boleh suka dengan gadis yang memiliki rambut seperti ekor tupai itu daripada seorang ustazah? Walaupun gadis itu dikatakan ‘tidak cukup kain’ tapi tetap ada manisnya. “Perempuan macam tu yang hang pilih?” “Kenapa dengan dia? Gadis yang aku pilih adalah, bila aku pandang dia, perasaan aku jadi sejuk. Penat aku jadi hilang. Susah aku jadi senang. Bukan lagi aku pandang, lagi aku bengang.” Memang Iman tidak lengkap sifat Muslimahnya seperti Humairah, tapi di mata Raees, Iman lebih nampak suci berbanding seorang ustazah yang mempunyai lidah yang agak bahaya. Namun berjayakah Raees mengubah si manis Iman seperti yang diharapkan? Dan mampukah Iman berubah demi sebuah cinta?

30 review for Yang Manis

  1. 4 out of 5

    Sha Mslvoe

    Sometimes when you least expect it…LOVE HAPPENS Sarah Marissa writes a wonderful tale about family, relationship and love. Her stories are sweet. I truly enjoyed "Yang Manis". sweet like candy ;-) Iman & Raees bertemu secara tidak sengaja selepas mereka berdua berlanggar sesama sendiri. Selepas itu, mereka berdua saling terbayang² diantara satu sama lain. Ditakdirkan Raees bekerja dalam syarikat keluarga Iman. Mereka bertemu. Iman dari seorang yang malas bekerja terus mood berkobar² bila Sometimes when you least expect it…LOVE HAPPENS Sarah Marissa writes a wonderful tale about family, relationship and love. Her stories are sweet. I truly enjoyed "Yang Manis". sweet like candy ;-) Iman & Raees bertemu secara tidak sengaja selepas mereka berdua berlanggar sesama sendiri. Selepas itu, mereka berdua saling terbayang² diantara satu sama lain. Ditakdirkan Raees bekerja dalam syarikat keluarga Iman. Mereka bertemu. Iman dari seorang yang malas bekerja terus mood berkobar² bila melihat Raees. Iman seorang gadis yang seksi, berskirt pendek, mata warna-warni dengan makeup ala² opera cina. Raees pula pemuda kampung yang berwajah suci, baik budi pekerti dan manis. "Sedap nama. Indah untuk disebut, tapi sayang penampilannya tidak begitu indah - Raees "Rasa jatuh jantung Iman melihat senyuman Raees. Inilah senyuman paling manis - Iman." Iman jatuh cinta. Iman nekad nak mengurat Raees sampai dapat. Sikap Iman yang lurus bendul menyejukkan perasaan Raees. Nawal menasihati Iman, tetapi Iman tak ambil kisah. Hatinya sudah terpaut pada Raees. Bila Iman meluahkan perasaan, Raees terkedu, diam seribu bahasa. Raees merasakan dia tidak layak untuk Iman yang datang dari keluarga berada. Fikir punya fikir, Raees temui jawapan. "Kalau ditakdirkan memang Iman itu tersedia untuk Raees, Raees akan terima dengan rasa syukur" Tengku Badrul yang pernah memburukkan Iman, menjaja cerita bahawa Iman menyukainya telah putus tunang. Malu jika kawan² ibubapa dia mendapat malu, emak Badrul mahu Iman mengantikan tempat tunang Badrul. Berkahwin & esoknya bercerai. Ayah Iman, Dato Asri & abangnya Wafi menentang habis²an. Suka² nak jadikan Iman sebagai kambing hitam. Hanya satu jalan untuk selamatkan Iman, Iman harus dinikahkan segera. Dato Asri menyuarakan hasratnya pada Raees. Raees tanpa bersoal terus bersetuju dan membawa Iman pulang ke kampung. Nawal pula menakut²kan Iman. Iman cuak. Alhamdulillah keluarga Raees menyambut baik kedatangan Iman dan bersetuju Iman menjadi menantunya. Rosni, gadis yang pernah emak Raees masuk meminang tetapi ditolak menyampaikan kepulangan Raees pada Humairah. Humairah ada hati pada Raees tapi gadis bertudung labuh dan bergelar ustazah itu tidak dapat menarik perhatian Raees sebab terlebih pandai dan terlalu ego. Raees perlukan seorang isteri yang boleh mendengar kata dan menyenangkan hatinya. Humairah panas hati. Api cemburu membuak². Tengku Badrul pula membawa maknya, Puan Zalina & neneknya, Hajah Saodah untuk menyerang Datin Yatie. Nasib baik Wafi ada. Mereka menyalahkan Datin Yatie tidak pandai menjaga Iman. Bila Iman balik, Tengku Badrul menumbuk Raees sehingga membuatkan Iman mengamuk. Tak sudah² Badrul dengan perangai angkuhnya. Bahiyah pula memfitnah Iman kepada Raees dan menuduh Nawal ada hubungan dengan Wafi. "Hmmm.. selepas ini tahulah nasib kau, Iman. Aku mahu melihat kau menderita. baru puas hati aku - Bahiyah " Pendapat sha, Tengku Badrul & Bahiyah memang sesuai bersama. Angkuh, sombong dan hati busuk. Jahat sangat!! Bahiyah memang tidak layak menjadi isteri kepada Wafi. Memang sakit hati membaca watak² jahat dalam "Yang Manis". The ending was wonderful :- " Hujan rintik² air bergelombang, Iman sangat cantik, abang sayang sangat. " What a lovely read. I would recommend this book to anyone who enjoys sweet romance. Definitely one to read!

  2. 5 out of 5

    kuzzeen

    Dah lama x berjodoh ngan heroin bodoh2 alang mcm si Imaniah Sofea. Last rasanya buku Hamni Ramsull yang YM...tu. Confirm... ini bacaan santai tanpa konflik yang memberatkan kepala. Datangnya macam angin lalu... lantas tak ****Sakit Tuh Di Sini**** ;p Cuma.... kurang berpuas hati bila watak si Bahiyah ditamatkan sedemikian rupa. Buat jahat gila2, end up mati accident. Cuba seksa sikit wataknya, barulah berbaloi dibaca....

  3. 5 out of 5

    Ogy Yusof

    jodoh pertemuan semuanya aturan yang Maha Esa. hanya dia tahu semua sebab musabab. manusia hanya boleh merancang. manusia juga boleh berubah, dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. janganlah pula berniat dari baik nak jadi teruk. moga dijauhkanlah.. iman, gadis moden tapi sangat polos. apa yang terlintas dalam hati, itulah yang disuarakan. sukakan raees, dia tidak berahsia. apa saja yang diperkatakan oleh raees, laju saja dia ikut. raees pula, memang lelaki yang baik, sayangkan emak dan ke jodoh pertemuan semuanya aturan yang Maha Esa. hanya dia tahu semua sebab musabab. manusia hanya boleh merancang. manusia juga boleh berubah, dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. janganlah pula berniat dari baik nak jadi teruk. moga dijauhkanlah.. iman, gadis moden tapi sangat polos. apa yang terlintas dalam hati, itulah yang disuarakan. sukakan raees, dia tidak berahsia. apa saja yang diperkatakan oleh raees, laju saja dia ikut. raees pula, memang lelaki yang baik, sayangkan emak dan keluarganya. watak berlawanan yang didirikan, tengku badrul, bahiyah, rosni, humairah, semua watak ini memang bertebaran realiti atas muka bumi ini. ada saja dengki, busuk hati, angkuh dan bermacam lagi sifat negatif ada pada mereka.. balance kan kehidupan ini? sangat cantik olahan puan penulis Marissa. kisah kehidupan masyarakat biasa dibawa dalam bentuk bacaan supaya ramai pembaca dapat menghayati dan terjemahkan kebaikan yang disampaikan dalam diri sendiri.

  4. 5 out of 5

    Hajar

    Akibat terlanggar Raees secara tak sengaja waktu Raees sedang sibuk mencari rumah sewa kawan sekampungnya,  buat Iman teringat-ingat. Lebih-lebih lagi Iman siap tertumpahkan bekalan makanan yang Raees bawa dari kampung. Bila Iman hulurkan wang sebagai ganti rugi, Raees cepat-cepat menolak. Bertambah menggununglah rasa bersalah Iman pada Raees. Rupanya jalan untuk mereka bertemu sangat mudah. Raees diterima bekerja di syarikat milik keluarga Iman selang beberapa hari selepas itu. Bila Iman tahu Ra Akibat terlanggar Raees secara tak sengaja waktu Raees sedang sibuk mencari rumah sewa kawan sekampungnya,  buat Iman teringat-ingat. Lebih-lebih lagi Iman siap tertumpahkan bekalan makanan yang Raees bawa dari kampung. Bila Iman hulurkan wang sebagai ganti rugi, Raees cepat-cepat menolak. Bertambah menggununglah rasa bersalah Iman pada Raees. Rupanya jalan untuk mereka bertemu sangat mudah. Raees diterima bekerja di syarikat milik keluarga Iman selang beberapa hari selepas itu. Bila Iman tahu Raees bekerja di situ, makin senanglah  Iman nak jalankan misi untuk memikat Raees yang diminati tu. Perkenalannya dengan Raees juga bawa impak positif bila Iman tiba-tiba bersetuju untuk mula bekerja dengan syarikat keluarganya walaupun hanya sebagai receptionist. :) Lama kelamaan hubungan mereka tambah rapat walaupun mereka berdua ni ibarat langit dengan bumi. Manakan tidaknya, Iman ni suka berpakaian ala-ala tak cukup kain manakala Raees ni anak kampung yang cukup solat lima waktu. Tapi Raees berjaya juga tegur dengan cara baik agar Iman menukar gaya berpakaiannya. Yelah, bila dah suka Iman ikutkan aje walaupun Nawal, kawan baik Iman jenuh dok brainwash si Iman ni. Tiba-tiba muncul Tengku Badrul, sepupu Iman yang suka sangat memburukkan Iman di kalangan keluarga mereka. Kononnya Iman tu tak sesuai dibuat isteri. Tup-tup bila tunangnya lari, Iman juga yang dicari untuk dijadikan kambing hitam. Siap guna pengaruh nenek mereka untuk berkahwin dengan Iman. Mujurlah Wafi, abang Iman tu sangat tegas menentang kehendak nenek mereka. Bila keadaan dah mula huru-hara, Datuk Asri (bapa Iman) meminta Raees untuk melamar Iman. Raees bersetuju dan mula memperkenalkan Iman dengan sanak saudaranya di kampung. Memang tiada halangan dari pihak keluarga Raees, cuma Humairah, ustazah yang menyimpan rasa pada Raees berusaha untuk menggagalkan perkahwinan Raees dan Iman. Heh. Macam mampu je kan? :P Komen saya:  Baca buku ni buat saya teringat kisah Jaja dan Din. Cuma Jaja tak gedik dan lurus macam Iman ni. Haha. Kisahnya pun santai aje. Cuma saya geram dengan Tengku Badrul dan Bahiyah yang tak berputus asa memporak-perandakan keluarga Iman. Heh. Patutnya diorang end up together. Barulah sepadan. Watak Humairah tu pun jadi penambah perisa. Memang patut pun Raees awal-awal dah reject Humairah ni. Patutnya makin tinggi ilmu makin pandai nilai dan bezakan yang baik dan yang buruk. Tapi jadi sebaliknya pulak. Haish. Tahniah Kak Marissa atas kelahiran buku baru ni. Walaupun saya enjoy baca kisah ni, terasa macam ada sesuatu yang kurang. Mungkin saya yang 'kurang rasa' waktu membaca buku ni kot? :)

  5. 5 out of 5

    Kamaliah

    Yang manis.... Memang manis!!! Storyline yang simple tapi sangat entertaining. I'm hooked from 1st page to the last. Watak2 utama yang schumel. Watak antagonist yg rasa nak cepuk2. Cukup secukup-cukupnya rencah2nya. Dialog yang melucukan membuat saya tersengih, tergelak dan tersenyum sepanjang pembacaan. Dan inilah novel pertama yang tidak mencuri air mata saya. Saya sangat suka. Iman - gadis lurus bendul yg jatuh cinta pandang pertama dan berani menyuarakan isi hatinya n ready to make the 1st m Yang manis.... Memang manis!!! Storyline yang simple tapi sangat entertaining. I'm hooked from 1st page to the last. Watak2 utama yang schumel. Watak antagonist yg rasa nak cepuk2. Cukup secukup-cukupnya rencah2nya. Dialog yang melucukan membuat saya tersengih, tergelak dan tersenyum sepanjang pembacaan. Dan inilah novel pertama yang tidak mencuri air mata saya. Saya sangat suka. Iman - gadis lurus bendul yg jatuh cinta pandang pertama dan berani menyuarakan isi hatinya n ready to make the 1st move utk memikat jejaka yg cukup solat 5 waktu... Istilah perigi mencari timba dicampak ke tepi. Good for her!!!! Raees - Mamat yg dtg dr kg yang tertawan dgn kemanisan tutur kata Iman tp sedar akan kedudukan dirinya. Wafi - Abang yg penyayang dan suka menyakat adiknya dan mengutamakan kebahagiaan adiknya. Nawal - BF iman yang selalu ada dgn Iman. Menasihati dan memerhati setiap langkah Iman. Jidin - Mamat sempoi yang tumpang memeriahkan suasana. Tengku Badrul, Bahiyah, Nenek Saodah, Humairah - Watak2 yg rasa nak humban dalam longkang sebab perangai tak semenggah dan molot longkang! All in all, sangat puas hati dgn citer ni. Suka cara penulis tidak membuatkan kiter tertunggu2. Very fast pace! Recommended for people who's looking for sweet n simple reading... Love it!

  6. 5 out of 5

    S

    stlh melihat byk komen2 yg baik, saya mencr naskah ini. Dan saya habiskannya dlm masa satu hari saja. cepatkan? Ini komen saya; sblm saya pergi lbh jauh, maaf sgt2. saya rasa karya penulis yg pertama lbh menarik dari yg ini. bukan utk membuat perbandingan tp itu dari kaca mata saya. saya tahu ramai yg tak setuju dgn saya tp ini yg saya rasa. Plot yg terlalu laju, gambaran perasaan yg saya rasa tidak cukup kuat, olahan perwatakan yg ckp longgar dan perlu byk diperbaiki. berbanding dgn karya penulis stlh melihat byk komen2 yg baik, saya mencr naskah ini. Dan saya habiskannya dlm masa satu hari saja. cepatkan? Ini komen saya; sblm saya pergi lbh jauh, maaf sgt2. saya rasa karya penulis yg pertama lbh menarik dari yg ini. bukan utk membuat perbandingan tp itu dari kaca mata saya. saya tahu ramai yg tak setuju dgn saya tp ini yg saya rasa. Plot yg terlalu laju, gambaran perasaan yg saya rasa tidak cukup kuat, olahan perwatakan yg ckp longgar dan perlu byk diperbaiki. berbanding dgn karya penulis yg pertama, saya blh menjiwai watak hero dan heroin dlm satu masa malah saya boleh larut dlm perasaan kedua perwatakan hingga membuatkan airmata mengalir. tp utk naskah kedua, saya lihat, penulis seakan2 tergesa2 utk menyudahkan manuskrip. maaf, ini sekadar pendapat. cuma, kali ini saya tertarik dengan watak hero yg cb digambarkan dan persoalan yg cuba diketengahkan iaitu hubungan dlm keluarga. apa2pun, there is home improvement. hrp boleh anggap kritikan saya ini sbg satu kritikan yg membina untuk karya anda akan datang. teruskan berkarya & menanti buah tangan anda seterusnya..

  7. 4 out of 5

    Farah Adibah

    Erm..erm..Buku ni okeylah..tak rugi jugak beli..tapi aku tak boleh nak bagi 5 stars..bukan tak best..best..pendapat setiap pembaca lain lain kan..It's all about maniss...hehe..Raees yang manis, Iman yang manis..Wafi yang manis..Maya yang manis..Bahiyah yang entah ape-ape.. Dalam buku ni ada dua watak yang aku rasa dah besar, ada otak tapi entah apa-apa..Humairah dan Bahiyah..mungkin ada orang macam dua orang ni dalam dunia ni..tapi doa-doa la aku tak macam tu kelak..dan aku suka prinsip keluarga Erm..erm..Buku ni okeylah..tak rugi jugak beli..tapi aku tak boleh nak bagi 5 stars..bukan tak best..best..pendapat setiap pembaca lain lain kan..It's all about maniss...hehe..Raees yang manis, Iman yang manis..Wafi yang manis..Maya yang manis..Bahiyah yang entah ape-ape.. Dalam buku ni ada dua watak yang aku rasa dah besar, ada otak tapi entah apa-apa..Humairah dan Bahiyah..mungkin ada orang macam dua orang ni dalam dunia ni..tapi doa-doa la aku tak macam tu kelak..dan aku suka prinsip keluarga Iman yang tak pandang kan taraf hidup pasangan mereka..tak kisah lah orang tu kaya ke miskin ke..harta tak boleh bawak.....mati..

  8. 4 out of 5

    Kiki

    Yang Manis merupakan recent novel from penulis Marissa. Sebelum ne, I ada baca novel-novelnya yang terdahulu; "Teduhan Kasih" yang mendapat rating yang positive from I and yang I baca sebelum novel ne, "Bila Hati Kata Sayang" mendapat rating paling low that I can give. I guess, now I'm back on the positive side of this author. Yang Manis menceritakan kisah kehidupan Imaniah Sofea (Iman) yang berusaha mendapatkan perhatian dan cinta seorang lelaki kampung, Raees. Satu accident menemukan kedua-dua Yang Manis merupakan recent novel from penulis Marissa. Sebelum ne, I ada baca novel-novelnya yang terdahulu; "Teduhan Kasih" yang mendapat rating yang positive from I and yang I baca sebelum novel ne, "Bila Hati Kata Sayang" mendapat rating paling low that I can give. I guess, now I'm back on the positive side of this author. Yang Manis menceritakan kisah kehidupan Imaniah Sofea (Iman) yang berusaha mendapatkan perhatian dan cinta seorang lelaki kampung, Raees. Satu accident menemukan kedua-dua insan ne... and I guess this is a story of cinta pandang pertama, sebab, feelings tu timbul sejak pertemuan tu lagi. Unlike Marissa's previous novels, this time, penulis menggunakan kata ganti nama diri ketiga, which earned my interest from the start. I memang boleh menerima gaya penulisan in first person, tapi I lebih prefer membaca from third person. Banyak babak yang boleh ditambah from this sebab penceritaan bukan kena limit kearah 1 direction aje. I like! However, Marissa tend to repeat the characters name. Kadang-kadang, sampai ada 3 kali nama yang sama digunakan dalam 1 perenggan. Kinda annoying... When I read Marissa's novel, I tend to feel so satisfied sebab selalunya percubaan watak-watak antagonis untuk menghasut tu selalu tidak berjaya. Unlike the previous novels, I suka how each characters yang dihasut tu menangani that situation. No violence was shown, cuma kepedasan dalam sindiran or percakapan. Very satisfied with this. I sangat suka pada watak Raees. Dia ne seorang anak mak and suka jokes around. Iman merupakan seorang yang blunt and lurus. Kelurusan dia tu yang selalu buat I ketawa. Watak-watak antagonis ne semua jenis keras kepala, ego ditahap Nauzubillah. Setiap balas cakap yang diterima pun macam tak masuk langsung kat kepala. Very, very annoying. Humairah -- I tak tau nak cakap apa. However, this type of character memang ada wujud... Sorry to say, but memang ada. I rasa nak lempang je. huhu Plot cerita yang sangat menarik tetapi for me, terlalu fast pace. Selalu, penulis suka membuat suspense dihujung cerita. However, if baca this novel, you tak perlu tunggu lama untuk mengetahui jawapan bagi soalan yang crept into mind. I don't know if this is a good or bad thing. Marissa tends to make me confuse... hmm... All in all, not a bad story. Sinopsis: IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga. “Aku nak pikat Raees Hamzah.” “Apa?” “Aku nak pikat Raees Hamzah.” “Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.” Iman tak peduli apa kata sahabat baiknya, Nawal. Iman rasa hanya Raees Hamzah paling layak menemani hidupnya. RAEES HAMZAH pun rasa pelik. Kenapa dia boleh suka dengan gadis yang memiliki rambut seperti ekor tupai itu daripada seorang ustazah? Walaupun gadis itu dikatakan ‘tidak cukup kain’ tapi tetap ada manisnya. “Perempuan macam tu yang hang pilih?” “Kenapa dengan dia? Gadis yang aku pilih adalah, bila aku pandang dia, perasaan aku jadi sejuk. Penat aku jadi hilang. Susah aku jadi senang. Bukan lagi aku pandang, lagi aku bengang.” Memang Iman tidak lengkap sifat Muslimahnya seperti Humairah, tapi di mata Raees, Iman lebih nampak suci berbanding seorang ustazah yang mempunyai lidah yang agak bahaya. Namun berjayakah Raees mengubah si manis Iman seperti yang diharapkan? Dan mampukah Iman berubah demi sebuah cinta?

  9. 4 out of 5

    Ella

    Pelik tapi benar..entah apalah yg buat naskah ni special pada saya dari yg novel lain from the same author pun saya tak tahu. Wafi, abang kepada Iman, sangat manjakan dan menjaga adiknya dan juga keluarganya. Cuma bab Bahiyah he is blind. Blinded by beauty or her facade. Kata cinta tapi bila bab ternampak Maya 'berdegup jantungku' bunyi lagu. And the way he treated Bahiyah tak nampak macam cinta pun. Bila Bahiyah ditangkap khalwat frust jugak. I cant feel his love toward Bahiyah except disgust. Im Pelik tapi benar..entah apalah yg buat naskah ni special pada saya dari yg novel lain from the same author pun saya tak tahu. Wafi, abang kepada Iman, sangat manjakan dan menjaga adiknya dan juga keluarganya. Cuma bab Bahiyah he is blind. Blinded by beauty or her facade. Kata cinta tapi bila bab ternampak Maya 'berdegup jantungku' bunyi lagu. And the way he treated Bahiyah tak nampak macam cinta pun. Bila Bahiyah ditangkap khalwat frust jugak. I cant feel his love toward Bahiyah except disgust. Iman category jenis apa ya?..lurus bendul atau bodoh? Spendthrift and pemalas. Setelah berjumpa Raees, sikapnya berubah. Manja, sopan dan lemah lembut, senang diperbodohkan oleh orang tapi ada part mcm bijak je..mungkin mata hati dia cerah kut. Kata disukai ramai tapi kat ofis dan kalangan keluarga ibunya, macam orang benci kat dia je. I thought people were friendly toward her tapi sayangnya dia jadi bahan gossip pula. So plastic. Raees, lelaki kampung, bekerja di ofis keluarga Iman. Such a tease where Iman is concerned. He viewed her in different light maybe bcos he was once a teacher. Therefore, he knew how to handle her well by relating her personality to his students. Tak faham apa yg kurangnya Iman sehingga orang cast her as gedik and kurang dari segi penampilan and attitude, tak boleh buat isteri type of person. Lagi tak faham sikap Tengku Badrul dan Bahiyah yg begitu membenci dan berdendam dengan Iman sehingga sanggup melihat Iman hidup menderita. Tak menjadi pun. TB shiok sendiri, perasan handsome whereas Bahiyah and Humairah (ustazah kampung yg suka kat Raees) pula perasan bagus dan cantik..err Bahiyah mmg cantik pun. Nenek Saodah pun sama..tak suka tapi asyik nak jodohkan cucu ikut taraf hidup..semua yg dijodohkan tak boleh pakai..nyanyok kut. Asyik memaksa je orang terima cadangannya. Macam2 character yg keluar dalam novel ini. Sometime, people hate or dislike people for no apparent reasons. Just their existence is reason enough. Aneh betul sikap manusia. Apa yg saya suka ialah sikap keluarga Iman. All in her family are humble. And mereka pegang prinsip one for all, all for one. Dan juga sikap Raees towards Iman, so loving. :)

  10. 5 out of 5

    Mak Long

    Baru sahaja habis baca buku ni. Memang manis aje jalan ceritanya sebab bila baca tentang keluarga Iman dan keluarga Raees tu, macam harmoni aje. Tapi bila masuk je 'sedara-sedara' lain tu, hish ada jugalah datang rasa nak buat macam ni.... Cuma saya masih tertanya-tanya, apa kesudahan cerita keluarga Tengku Badrul dan juga neneknya sekali.

  11. 4 out of 5

    Tie Tinie

    sudah tamat cerita ini.. mmg manis semanis tajuknya YANG MANIS... Target untuk membaca 1 buku 1 hari.. alhamdulillah tercapai juga... hahahah tapi makan masa sikit la.. x lama mana pun 6 jam je.. sbb kejap2 stop.. kejap2 stop.. sbb hari bekerja.. kikikiki.. Cerita yg semanis tajuknya... 1stly tahniah untuk kak Marissa... cerita yg santai.. yg x membertakan kepala dgn pelbagai konflik.. dan sangat sesuai untuk bacaan santai... entah kenapa lately nie mencari bahan bacaan yg santai2 dan tidak terlalu sudah tamat cerita ini.. mmg manis semanis tajuknya YANG MANIS... Target untuk membaca 1 buku 1 hari.. alhamdulillah tercapai juga... hahahah tapi makan masa sikit la.. x lama mana pun 6 jam je.. sbb kejap2 stop.. kejap2 stop.. sbb hari bekerja.. kikikiki.. Cerita yg semanis tajuknya... 1stly tahniah untuk kak Marissa... cerita yg santai.. yg x membertakan kepala dgn pelbagai konflik.. dan sangat sesuai untuk bacaan santai... entah kenapa lately nie mencari bahan bacaan yg santai2 dan tidak terlalu memeningkan kepala memikirkan konflik.. Kisah Raees Hamzah.. (sudah pasti ini adalah HERO nya).. yg berhijarah dari kampung ke bandar untuk mencari pekerjaan.. yg syok hero mai KL bawak mangkuk tingkat.. ohhmaiii... susah nak cari @ nampak org lelaki yg nak bawak mangkuk tingkat.. hahahah... tapi malang pulak menimpa bila dia terlanggar dgn seorang gadis.. (HEROIN la tu) yg menyebabkan mangkuk tingkatnya terbalik.. ohh nooo... nasi & ikan sepat ronggeng berterabur atas jalan... (dapat ku rasa kuciwanya Raees..) Raees juga seorng yg sangat tenang dan matang dan suka mengusik (Iman sahaja ok)... Imaniah Sofea( harus la yg nie HEROIN) kikikiki.. anak orh kaya yg humble.. tidak sombong (dgn Raees je la), terlalu manja dan sangat lurus bendul.. bendul pun x lurus cam dia.. hahahah.. jatuh cinta pandang pertama terhadap Raees.. sangat gilakan Raees.. ohhmaii... kegilaan yg bukan sedikit.. sanggup melakukan apa sahaja demi raees.. Iman mempunyai seorng kawan baik iaitu NAWAL, sentisa ada untuk iman, dan sentiasa menjaga iman, dan juga merupakan penasihat terpenting iman.. hahahaahah.. ala2 penasihat 25% gitu... WAFI merupakan abang kesayangan Iman... sangat2 sayangkan Iman... huamirah, tengku badrul & Badariah.. adalah makhluk2 perosak dlm cerita nie... kalau dah ada yg baik mesti ada yg jahat... tapi abaikan merekan.. x best pun cerita pasal diaorng nie..hahahahah... so kesudahan nya pastilah happy ending.. nak tau cam ne happy nya ending tu.. u all kena lah baca buku nie.. Memang sangat manis... Happy reading u alls... "membaca dgn hati... menilai dgn Akal"

  12. 4 out of 5

    Que Razali

    4 Sangat manis kisah Iman dan Raees bersesuaian dengan tajuknya Yang Manis. Suka dengan perwatakan Iman yang sengal. Suka juga dengan sikap tenang Raees. Penulis berjaya membuat saya tersenyum sepanjang membaca kisah ini. Dengan penggunaan bahasa yang santai dan plot cerita yang ringan, menjadikan kisah ini kisah yang sangat menarik untuk dibaca. Pantun Raees buat Iman tu comel sangat.

  13. 5 out of 5

    Faradina Azlin Azahar

    Baca dengan tersenyum.. seriously, if fate is delicious & sweet like this, every1 will be LUCKY..

  14. 5 out of 5

    Bobsr

    Hmm, hampir semua 'top reviews' macam terlajak rate novel ni... Aku ni bukanla nak perfection atau 'teduhan kasih 2' tapi nampak macam penulis agak terundur kebelakang selepas kejayaan novel pertama: - watak-watak utama agak interesting, heroin (yang macam kurang IQ) dari famili berada digandingkan dengan hero (yang agak kayu, heh) dari famili 'orang bendang' - IMO part ni pun dah cukup nak melahirkan konflik e.g. penerimaan keluarga hero/heroin, susah senang berkawan dan berkeluarga dengan orang Hmm, hampir semua 'top reviews' macam terlajak rate novel ni... Aku ni bukanla nak perfection atau 'teduhan kasih 2' tapi nampak macam penulis agak terundur kebelakang selepas kejayaan novel pertama: - watak-watak utama agak interesting, heroin (yang macam kurang IQ) dari famili berada digandingkan dengan hero (yang agak kayu, heh) dari famili 'orang bendang' - IMO part ni pun dah cukup nak melahirkan konflik e.g. penerimaan keluarga hero/heroin, susah senang berkawan dan berkeluarga dengan orang2 yang... terlajak simple(?) etc. Tapi tak jadi macam tu, pembaca dihidangkan dengan cerita yang 99% macam cerita2 jiwang lain, haih... - watak-watak sampingan, aku rate 50-50, suka tengok BFF masing2 berusaha menyemarakkan dan menyelamatkan hubungan hero-heroin dan keluarga masing-masing yang penyayang dan tak suka cari pasal. Yang cikai cuma watak-watak jahat yang tersangat 1-dimensional - tak pasal-pasal jadi psiko nak mengurat herola, nak putuskan pertunanganla, rampas tunang orang wat masuk hotel, cubaan bunuh (aiyooo) dan segala macam excuse (yang dibuat-buat) nak taruk unsur2 drama. Left a bad taste in my mouth (or brain - macamlaa otak tu ada deria rasa, hehe) aje... - plot: rapuh macam biskut arab, penuh dengan unsur 'tiba-tiba' - jatuh cinta, kawin paksa, meroyan, eksiden... isk

  15. 5 out of 5

    Zahida My

    Ini bacaan kedua kak yus selepas Teduhan Kasih karya Kak Marissa, ada 2 lagi nak dikhatamkan tu tp tangan terlebih panjang mencapai yang ini dulu.. mungkin sbb tajuknya Yang Manis, maka manis je mood untuk mentelaahnya kan.. Memang Yang Manis sangat berbeza olahan dan penyampaiannya drp Teduhan Kasih. Kisah Imaniah Sofea & Raees ini sangat2 dekat di hati, seolah2 Kak Marissa menulis daripada jiwa. Mungkin bagi orang lain, lain rasanya.. tapi melalui Yang Manis ini..setiap pengkisahan terasa Ini bacaan kedua kak yus selepas Teduhan Kasih karya Kak Marissa, ada 2 lagi nak dikhatamkan tu tp tangan terlebih panjang mencapai yang ini dulu.. mungkin sbb tajuknya Yang Manis, maka manis je mood untuk mentelaahnya kan.. Memang Yang Manis sangat berbeza olahan dan penyampaiannya drp Teduhan Kasih. Kisah Imaniah Sofea & Raees ini sangat2 dekat di hati, seolah2 Kak Marissa menulis daripada jiwa. Mungkin bagi orang lain, lain rasanya.. tapi melalui Yang Manis ini..setiap pengkisahan terasa dekat di hati. Err, mungkin sbb kak yus suka cerita-cerita santai sebegini dan mungkin juga gaya bahasa yang tidak terlalu formal dan penggunaan loghat/dialek utara tu seperti dekat dgn hati. Tentu sekali, Kak Marissa kaya dengan kasih sayang.. setiap penceritaan, tidak tinggal satu pun nilai kasih n sayang tu.. bahkan bagi Kak Yus, novel ni sesuai dibaca oleh anak2 remaja even yang masih di sekolah rendah pun.. Banyak sungguh ilmu yang dapat kita kutip, ilmu yang tak ada kat sekolah, yang cikgu2 dan lecturer2 tak mampu nak bagi pun.. Tahniah untuk Kak Marissa.. yus nak lagi karya2 sebegini drp akak. Kisah yang hebat, superb!

  16. 5 out of 5

    Intan Musa

    Sungguh manis! Imani Sofea telah jatuh cinta pandang pertama dengan Raees Hamzah bila dia terlanggar Raees pada suatu hari. Dari hari itu Iman cuba untuk mengorat Raees. Raees senang dengan sikap lurus bendul Iman dan dirinya yang senang diolah. Bila Iman mahu dipaksa berkahwin dengan Tengku Badrul untuk menutup malu, cepat2 Dato' Asri tanya Raees akan keikhlasan hati Raees terhadap Iman. Lalu disuruh Raees untuk cepat2 meminang Iman. Kehadiran Iman di kampung mencetus pelbagai reaksi. Keluarga Sungguh manis! Imani Sofea telah jatuh cinta pandang pertama dengan Raees Hamzah bila dia terlanggar Raees pada suatu hari. Dari hari itu Iman cuba untuk mengorat Raees. Raees senang dengan sikap lurus bendul Iman dan dirinya yang senang diolah. Bila Iman mahu dipaksa berkahwin dengan Tengku Badrul untuk menutup malu, cepat2 Dato' Asri tanya Raees akan keikhlasan hati Raees terhadap Iman. Lalu disuruh Raees untuk cepat2 meminang Iman. Kehadiran Iman di kampung mencetus pelbagai reaksi. Keluarga Raees senang akan perwatakan Iman yang merendah diri. Tetapi Ustazah Humaira dan Tengku Badrul tidak suka. Mereka merancang untuk membatalkan pernikahan Iman dan Raees. Tetapi ia tidak menjadi. Bekas tunang abang Iman, Bahiyah yang juga berdendam dengan Iman telah melanggar lari Iman. Iman keguguran. Bila rahsia itu ketahuan, Raees mahu melaporkan Bahiyah kepada pihak polis. Akhirnya Bahiyah meninggal dunia semasa cuba melarikan diri. Suka pada tema yang diketengahkan.

  17. 5 out of 5

    Fatini Zulkifli

    Plot simple. Bagi perspektif aku yang dah tua ni, boleh la. Anyway, aku suka penulis ubah stereotype "asal tudung labuh je, baik... asal tak pakai tudung je, jahat". Dua watak dalam novel ini Bahiyah dan Humairah menutup aurat tapi mulut boleh tahan puaka. Humairah anak ustaz dan ustazah, tudung labuh, hafal separuh Al-Qur'an dan dapat jolokan ustazah lagi. Tapi dia tak amal apa yang dia belajar. Dia rasa dia lagi bagus daripada orang lain. Ilmu yang dia ada buat dia angkuh dan rasa lebih hebat b Plot simple. Bagi perspektif aku yang dah tua ni, boleh la. Anyway, aku suka penulis ubah stereotype "asal tudung labuh je, baik... asal tak pakai tudung je, jahat". Dua watak dalam novel ini Bahiyah dan Humairah menutup aurat tapi mulut boleh tahan puaka. Humairah anak ustaz dan ustazah, tudung labuh, hafal separuh Al-Qur'an dan dapat jolokan ustazah lagi. Tapi dia tak amal apa yang dia belajar. Dia rasa dia lagi bagus daripada orang lain. Ilmu yang dia ada buat dia angkuh dan rasa lebih hebat berbanding Iman. Jadi dia rasa Raeef patut pilih dia berbanding Iman yang baju tak cukup kain. Iman ni bagus la walaupun gedik macam Barbie Doll tapi dia tak berhenti belajar. Rasa macam "eh penulis ni anti geng yang bajet-bajet ustazah ke?" tapi tak pun. Mungkin dia nak cakap don't judge someone by its cover.

  18. 5 out of 5

    Ain

    Permulaan yg menarik tp mcm rushing je ending dia. Pastu kesilapan teknikal diakhir cerita seperti tertukar antara mama & mak, Iman & Nawal kasi rosak mood je.....Tak de sapa ke cek novel ni sblm publish. Bila dah abis baca novel ni, aku dok pikir apa hebat nya nenek Iman ni, sampai semua org kena patuh dgn cakap dia. Yg aku tau nenek hanya seorg wanita tua bernama Hajjah Saodah, digambarkan sebagai org biasa2 je, bukan dr kerabat2 atau vvip. Seriously aku mmg tak paham kenapa semua org ke Permulaan yg menarik tp mcm rushing je ending dia. Pastu kesilapan teknikal diakhir cerita seperti tertukar antara mama & mak, Iman & Nawal kasi rosak mood je.....Tak de sapa ke cek novel ni sblm publish. Bila dah abis baca novel ni, aku dok pikir apa hebat nya nenek Iman ni, sampai semua org kena patuh dgn cakap dia. Yg aku tau nenek hanya seorg wanita tua bernama Hajjah Saodah, digambarkan sebagai org biasa2 je, bukan dr kerabat2 atau vvip. Seriously aku mmg tak paham kenapa semua org kena ikut ckp dia tak boleh nk kata NO... So disitu aku nmpk kelemahan dlm cerita ni....

  19. 5 out of 5

    Nur Idayu

    novel kedua hasil karya Marissa yg dah abis baca Ayu baca..pun best..jalan ceita yg simple but menariks sgt..1 hari jer dah abis baca.. suka sangat.. http://mummyayu.blogspot.com/2013/06/...

  20. 5 out of 5

    LadyKeira Zachary

    sweet....

  21. 4 out of 5

    Ratu Bulan

    memang manis ^_^

  22. 5 out of 5

    Alison

    simple je tapi best

  23. 4 out of 5

    Faradilla

    cerita yang biasa biasa saja..tipikal novel melayu..

  24. 5 out of 5

    Erien Eriena

    Yang Manis yang sangat manis penceritaannya ! <3

  25. 5 out of 5

    Liz Haliza

    manis sangat... kelakar.

  26. 4 out of 5

    Novel Best

    Memang tak mengecewakan jiwa..

  27. 4 out of 5

    Eeyta

    memang manis citer ni semanis tajuknya

  28. 4 out of 5

    nilam

    sangat manis..;)

  29. 5 out of 5

    MackMegan

    penyudahan bagi kisah Bahiyah pendek sangat... mati accident.

  30. 5 out of 5

    Blue Scarf

    Berterus-terang...iman dan raees

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...
We use cookies to give you the best online experience. By using our website you agree to our use of cookies in accordance with our cookie policy.